Project Description

TIP ELAK MUFLIS

PENULIS : CHENG PO CEN & MOHD RIZAL HUSSIN

 



SINOPSIS

Muflis memberikan anda pelbagai kemudaratan, komplikasi kewangan dan kekangan. Anda juga tidak dibenarkan keluar dari negara meski mempunyai passport sekalipun, kerana telah disenaraihitamkan sebagai individu yang tidak dibenarkan keluar dari negara ini melainkan mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia.

‘Wang bukan segala-galanya. Tetapi, segala-galanya memerlukan wang.’ Muflis bukan suatu perkara yang patut anda pandang ringan khususnya di usia muda kerana ia boleh membawa pelbagai komplikasi terhadap anda. Dalam naskhah ini, saya dengan sedaya upaya akan mendedahkan 10 perangkap maut yang boleh menjadikan anda sebagai mangsa keadaan.

Jika anda mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang bijak dan dipraktikkan secara konsisten, ia mampu membantu anda melalui masa hadapan yang cerah dan mencegah diri anda daripada terus terjerumus ke dalam kancah hutang tidak produktif yang sangat serius.