Project Description

SRIKANDI AGUNG

ISBN : 978-967-13503-6-2

PENULIS : KHAIRY TAJUDIN & NAZIHATUL SOLEHAH

HARGA : RM27.00 (SM) RM30.00 (SS)

 



SINOPSIS

Firaun bertanya, “Adakah benar kamu mengatakan bahawa ada tuhan lain selain beta?”

“Tidak syak lagi. Bahkan, Dialah Allah SWT. Hanya Dia Tuhan yang sebenar-benarnya. Dialah Tuhan aku, Tuhan kamu dan Tuhan sekalian alam.”

“Nampaknya kamu sudah membelot. Beta akan hukum kamu!” Firaun terus menjatuhkan hukuman ke atas Siti Masyitah. “Hulubalang, sediakan minyak yang panas di dalam kuali yang besar. Hari ini, kita akan ajar manusia yang membelot terhadap beta!”

Apabila minyak siap dipanaskan, Firaun masih memberi peluang kepada Siti Masyitah untuk menyelamatkan dirinya. Firaun berkata, “Jika kamu mahu diri kamu dan anak-anakmu selamat, maka berpalinglah daripada tuhan kamu dan ikutilah betalah sebagai tuhanmu. Jika tidak, kamu dan anak-anakmu akan menerima seksaan yang pedih.”

“Saya rela mati daripada menyekutukan Allah SWT.”

Di atas adalah sebahagian kisah yang dipetik di dalam buku ini yang menceritakan bagaimana Siti Masyitah berjuang dan rela mati demi mempertahankan imannya. Semangat yang ditujukan oleh Siti Masyitah dalam mempertahankan imannya patut menjadi contoh dan ikutan buat kita semua.