Project Description

RAHSIA 100 IMPIAN

ISBN : 978-967-11866-9-5

PENULIS : NOORDIN KHALID & NURDILLA ZAINI

HARGA : RM34.90 (SM) RM 37.90 (SS)

 



SINOPSIS

Rahsia 100 Impian memaparkan konsep ringan dengan penceritaan yang agak santai agar dapat membantu pembaca-pembaca muda memahaminya dengan mudah. Apa yang menarik ialah kisah-kisahnya berpaksikan pengalaman penulis sendiri dalam mengharungi kehidupan daripada pelajar corot kepada pakar pelbagai bidang.

Anda akan mengetahui :

  • Teknik malakar impian dalam membina kejayaan yang dihajati.
  • Tips mudah menjadi hebat dalam pelbagai bidang.
  • Langkah mengubah diri menjadi semakin baik.
  • Bagaimana menetapkan impian agar ia menjadi reality.
  • Teknik pembayaran berdasarkan visi yang jelas.
  • Teknik membina impian besar.

… dan banyak lagi.

Selain daripada itu, buku ini dapat membuka minda dan meningkatkan keyakinan diri individu agar mampu berimpian besar demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Cartakan mimpi anda di kanvas alam agar langkah anda semakin teguh dan habiskan apa yang kamu mulai!

“Kami tidak memberikan joran kepada anda, sebaliknya kami ajarkan bagaiman anda mahu memancing menggunakan ‘joran’ yang anda miliki”.