Project Description

NOTA DARI IRBID

PENULIS : FIRDAUS SHAHIDIN

 



SINOPSIS

Masa berganjak dan terus berlalu pergi. Mungkin beberapa tahun, saya pula yang hadir membawa anak kecil saya yang berperangai seperti bapanya. Itupun jika kedai ini masih ada dan pakcik pun masih menunggu sabar pelanggannya.

Yang pasti, maut pasti menjemput setiap daripada kita. Dalam enak mengupas memori lalu, tersentak saya dengan beberapa soalan.

Sejauh ini perjalanan hidup, apa yang saya telah lakukan? Pada Ibu yang melayan kerenah ditarik baju di khalayak dan pada Abah yang terpaksa memenuhkan hajat saya pada permainan, adakah telah saya balas jasa mereka?

Pada usia yang sentiasa bergerak, adakah kebaikan yang memenuhinya? Dan pada bekal yang saya bakal bawa, sudah terisikah ia sepenuhnya?

Saya memandu pulang dalam persoalan yang tidak ada jawapan. Tidak berani mengatakan YA! Yang pasti hari ini sebagai penghulu hari, Allah telah menambah kemuliaannya dengan menegur saya secara halus. Benar, Jumaat merupakan hari yang istimewa.

Di atas garis waktu, kita terus berjalan menuju Yang Satu.