Project Description

MULA BISNES BUTIK ONLINE OFFLINE

PENULIS : MASAYU AHMAD

 



SINOPSIS

Bagaimana memulakan bisnes butik pakaian, butik pakaian lelaki atau butik kanak-kanak? Soalan pertama yang boleh anda tanya kepada diri sendiri ialah, adakah anda menggemari membeli-belah pakaian, aksesori, jubah, tesktil atau apa sahaja berkaitan butik? Kebanyakan kita leka apabila berada di dalam koleksi pelbagai peragaan pakaian tidak kiralah jika berada di pasar raya atau butik eksklusif. Kita teruja melihat banyak jenama dari pelbagai butik sama ada online mahupun offline. Banyak wang dibelanjakan apabila tiba hari gaji, atau apabila menjelang musim perayaan, cuti persekolahan dan jualan hujung tahun. Begitu juga kemudahan petikan maklumat di hujung jari, kemudahan melihat dan membandingkan pelbagai jenis koleksi pakaian dan aksesori dapat dilihat hanya melalui skrin komputer. Tambahan pula dengan kemudahan sistem perbankan internet, hanya membuat transaksi bayaran, maka tunggu sahaja barang sampai ke tangan. Di dalam buku ini anda akan mempelajari bagaimana memiliki butik sendiri bukan sekadar untuk mendapatkan keuntungan, tetapi dapat berkongsi dengan lebih ramai orang yang suka membeli belah, melihat koleksi terbaru dan menambah bilangan pesaing di pasaran.