Project Description

KHALIFAH AGUNG : SAYYIDINA ABU BAKAR

ISBN : 978-967-08581-2-8

PENULIS : KHAIRY TAJUDIN

HARGA : RM27.00 (SM) RM30.00 (SS)

 



SINOPSIS

Pada zaman dahulu, bintang kebiasaannya menjadi petunjuk kepada para pengembara untuk mencari jalan ketika mengembara. Berpandukan kepada jenis-jenis bintang yang pelbagai, pengembara dapat menentukan arah. Maka, para pengembara akan sampai ke tempat yang dituju dengan selamat. Jika tiada petunjuk, maka sesatlah mereka. Para Sahabat Nabi SAW bagaikan bintang di langit. Jika kita mengikuti mereka, nescaya kita akan sentiasa berada pada jalan yang benar.

Sebagai umat Islam, kita perlu menjadikan Para Sahabat sebagai contoh ikutan kita. Selagi mana kita mencontohi ketaatan mereka kepada kita Allah SWT dan Rasulullah SAW, selagi itulah kita akan selamat daripada kesesatan. Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis yang menceritakan kepada kita mengenai kemuliaan Para Sahabat Nabi SAW. Dalam banyak- banyak Sahabat Nabi SAW, Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayyidina Umar r.a. lebih diutamakan. Terdapat hadis yang menyebut, “Ikutilah Abu Bakar dan Umar selepas ketiadaanku.”

Namun begitu, kita dilarang untuk membanding-bandingkan Para Sahabat dengan niat untuk merendah-rendahkan mereka. Kelebihan yang terdapat pada Para Sahabat berbeza-beza tetapi saling melengkapi. Ibarat bintang-bintang di langit, bukan semuanya bercahaya terang tetapi semuanya mendapat cahaya daripada Allah SWT.