Project Description

5 FASA UMAT AKHIR ZAMAN

ISBN : 978-967-13503-4-8

PENULIS : IRFAN IBRAHIM

HARGA : RM27.00 (SM) RM30.00 (SS)

 



SINOPSIS

Dunia sudah memasuki abad 21 di mana zaman musuh-musuh Islam sedang menguasai dunia. Islam tidak mungkin dikuburkan oleh mana-mana musuhnya kerana Islam adalah agama yang dijanjikan kemenangan di dunia dan akhirat. Namun, kemenangan itu seandainya umat Islam kembali menjadi umat terbaik dan kini masanya telah tiba untuk kembali dalam barisan umat terbaik. Imam Malik bin Anas berkata, “Tidaklah akan baik akhir umat ini kecuali mereka mengikuti baiknya awal umat ini.”

Peristiwa-peristiwa menjelang kiamat yang diceritakan dalam buku ini adalah persoalan akan datang. Disebutkan oleh Abdul Haq dalam sebuah makalahnya, beliau yakini tidak terdapat perbezaan pendapat ulama’ daripada kalangan Ahlus Sunnah dahulu ataupun sekarang. Beliau mengatakan bahawa :

“Munculnya Al-Mahdi itu hanya akan terjadi setelah keluarnya Sufyani dan tindakan kerosakannya di muka bumi, dan masa antara kerosakan yang diperbuat oleh Sufyani dan munculnya Al-Mahdi akan muncul pula bendera-bendera hitam dari Khurasan sebagai petanda dekatnya kekuasaan Al-Mahdi. Para ulama sepakat bahawa Dajjal tidak akan keluar kecuali setelah kemunculan Al-Mahdi dan ditaklukkannya Konstantinopel serta Romawi. Mereka sepakat bahawa Al-Masih tidak akan kembali turun ke dunia kecuali sesudah keluarnya Dajjal. Mereka sepakat bahawa keluarnya Yakjuj dan Makjuj hanya akan terjadi setelah Al-Masih berhasil membunuh Dajjal.”