CORAK BARU

Selangkah kehadapan, kini Jootawan Books mengorak langkah dalam memperluaskan corak buku terbitannya ke arah non-fiction. Secara umumnya, Jootawan Books merupakan sebuah syarikat terbitan yang semakin meningkat naik dalam memperluaskan buku-buku berbentuk Bisnes, Motivasi, Kewangan dan Islamik. Maka sebuah perancangan yang positif telah diambil dalam memperluaskan genre buku yang mungkin pada sebelum ini terhad kepada memperluaskan lagi bagi memastikan setiap buku yang diterbitkan mendapat perhatian dan sokongan sepenuhnya di dalam industri. Jootawan Book telah membuktikan bahawa industri perbukuan juga mampu medicineretails.com menyumbang ke arah pembinaan minda rakyat Malaysia.

GIAT BERSAING DALAM INDUSTRI BUKU

Sehingga kini jumlah penerbitan telah mencapai 50 tajuk buku dalam pelbagai genre seperti Bisnes, Motivasi, Kewangan dan Islamik. Apa yang menarik, penerbitan buku di Jootawan Books merupakan integrasi ilmu kearah menghasilkan buku-buku kejayaan yang  mendidik para pembaca. Lebih dari itu, Jootawan Books juga bergiat aktif dalam pelbagai pameran di serata negeri termasuklah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan setiap tahun dan menjadi acara kemuncak jualan buku di Jootawan Books.  Jootawan Books mempunyai visi pada masa depan agar penerbitanya berjaya mendidik pembaca serta dekat dengan hati pembaca buku di Malaysia setanding dengan penerbit lain yang semakin meningkat naik.

Kini, prestasi penerbitan di Jootawan Books adalah sangat membanggakan. Graf penerbitan buku Bisnes dan Motivasi menunjukkan peningkatan yang mendadak. Jaringan kerja dengan penggiat industri buku terutamanya yang bekerjasama dengan Jootawan Books semakin meluas dan mantap. Gabungan kesemua elemen ini merupakan pemangkin ke arah menjadikan Jootawan Books sebagai penyumbang utama ilmu yang mendidik kejayaan pada para pembaca.